Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

108) PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM (SRAI) JAIS

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan Kerajaan Negeri memastikan pelajar cemerlang UPSR dari SRAI JAIS dapat masuk ke asrama penuh?

    Sekolah-sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Keutamaan kemasukan ke SBP adalah kepada pelajar di sekolah kebangsaan dan Bantuan Kerajaan sahaja. SRAI JAIS adalah termasuk dalam kategori sekolah swasta di KPM.

Lampiran

Tiada Lampiran.