Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

120) PELAKSANAAN CFS DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan projek kebangsaan Central Forest Spine (CFS) untuk tahun 2019?

    Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan perancangan-perancangan yang telah dipersetujui sebelum ini sebagaimana keputusan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Nasional Pelaksanaan CFS, Jawatankuasa Teknikal Nasional. Manakala penyelarasan diperingkat Negeri akan dibincangkan melalui Jawatankuasa Pemandu CFS Peringkat Negeri Selangor dan pelaksanaannya melalui Jawatankuasa Teknikal CFS Peringkat Negeri Selangor.
    Tambahan pula, pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor selaku sekretariat bagi pelaksanaan projek CFS di Negeri Selangor telah menyediakan satu dokumen Rancangan Pengurusan Central Forest Spine Negeri Selangor Tahun 2019 – 2028 (10 tahun) sebagai rujukan di dalam merancanakan pelaksanaan program CFS di Negeri Selangor. Kandungan dokumen ini mengandungi beberapa perkara iaitu :
    i) Melibatkan punca kuasa pelaksanaan CFS diperingkat Persekutuan, Perundangan, Dasar dan kaedah pelaksanaan pengurusan CFS di peringkat Jawatakuasa Nasional.
    ii) Kaedah Pelaksaan CFS diperingkat Negeri dan hubungannya di peringkat Nasional, Perundangan, Dasar dan kaedah pelaksanaan pengurusan CFS di Negeri. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Negeri dan Jawatankuasa
    Teknikal Negeri serta maklumat awal kawasan jajaran koridor CFS dan jabatan/agensi yang terlibat.
    iii) Maklumat asas mengenai maklumat biodiversity (flora dan fauna), status guna tanah di kawasan jajaran koridor CFS.
    iv) Isu-isu dan cabaran serta kaedah pelaksanaan program CFS sepanjang 10 tahun.
    v) Cadangan preskripsi
    vi) Jangkaan Output
    vii) Isu-isu dan risiok pelaksanaan CFS di Negeri Selangor
    Negeri Selangor adalah merupakan negeri yang pertama mewujudkan dokumen Rancangan Pengurusan Central Forest Spine Negeri Selangor Tahun 2019 – 2028 dan kini menjadi ikutan kepada negeri-negeri yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.