Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

58) PELAKSANAAN HUKUM HUDUD

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri Selangor atas pelaksanaan hukum hudud?

    Y.B. Pandamaran bertanyakan pendirian Kerajaan Negeri berkenaan pelaksanaan hudud memandangkan usaha yang dicadangkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen.

    Fasal 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa, “Perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi Persekutuan dan manamana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah, setakat mana yang tidak selaras, tidak sah”.

    Hakikat bahawa rang undang-undang persendirian tersebut diakui perlu dibentangkan di Dewan Rakyat sudah jelas menyatakan bahawa enakmen berkenaan hudud dari Kelantan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan walaupun pelaksanaannya terbatas di negeri Kelantan sahaja kerana terdapat kekangan atau tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Malah, rang undang-undang persendirian itu tidak boleh dikuatkuasakan jika diluluskan oleh Dewan Rakyat sekalipun kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mendukung dan berpegang kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan oleh yang demikian Kerajaan Negeri hanya akan menggubal dan melaksanakan undang-undang dan dasar yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan..

     

Lampiran

Tiada Lampiran.