Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

119) PELAKSANAAN JALAN SEHALA DI PETALING JAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan faktor-faktor pelaksanaan jalan sehala di Pusat Bandar Petaling Jaya?

    Pelaksanaan jalan sehala di Petaling Jaya:

    Projek sistem jalan sehala ini lebih merupakan kepada skim pengurusan lalulintas yang dilaksanakan oleh Majlis bagi menambahbaik sistem aliran lalulintas sediada bagi menampung keperluan masa kini dan masa akan datang. Ini selaras dengan syor-syor yang telah dicadangkan atau dibuat melalui beberapa kajian lalulintas dan kajian pengangkutan sejak tahun 2001 sehingga 2012.

    Antara faktor-faktor yang diambilkira di dalam pelaksanaan projek sistem jalan sehala ini adalah :-

    1. Keupayaan jalan-jalan sediada khususnya simpang-simpang jalan yang mengalami kesesakan lalulintas dan dijangka tidak mampu untuk menampong tambahan beban trafik di masa akan datang
    2. Mempercepatkan dan menjimatkan masa perjalanan
    3. Melancarkan aliran lalulintas di sekitar Pusat Bandar Seksyen 2 Petaling Jaya
    4. Menjadikan Pusat Bandar Seksyen 52 Petaling Jaya sebagai Bandar Lestari dan berdayahuni sejajar dengan permintaan pada masa akan datang bukan sahaja untuk kegunaan pemandu kenderaan tetapi juga untuk pengguna jalanraya lain dan penduduk sekitar beriadah menggunakan kemudahan-kemudahan yang akan disediakan oleh Majlis seperti siarkaki, laluan basikal dan kerja-kerja landskap.

Lampiran

Tiada Lampiran.