Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

98) PELAKSANAAN JANJI-JANJI PILIHANRAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di dalam manifesto pilihan raya ke 12, Pakatan Rakyat menyenaraikan janji-janji pilihan raya yang begitu hebat dan menarik hati rakyat. Di antaranya untuk memberi potongan 20% cukai taksiran, bantuan yuran tadika dan pra-sekolah, bantuan warga emas, bantuan perkahwinandan air percuma. Apakah jaminan kerajaan untuk menyempurnakan janji pilihan raya tersebut dan bila dapat dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri telah mengadakan Jawatankuasa Manifesto kerajaan
    melibatkan agensi-agensi kerajaan bagi mengkaji pelaksanaan manifesto,
    termasuk dengan bantuan terhadap golongan ibu-ibu tunggal, akan-anak yatim, kanak-kanak di nurseri, penuntut-penuntut universiti dan lain-lain golongan. Pelaksanaan bergantung kepada syor Jawatankuasa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.