Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

3) PELAKSANAAN MEMBAIK PULIH TAMAN REKREASI DAN TASIK SHAH ALAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana perancangan ini telah dijalankan?

    MBSA telah merangka satu rangka kerja bagi menaik taraf dan membaik pulih Taman Tasik Shah Alam yang merangkumi 4 komponen berikut:

    i) Peningkatan Kualiti Air

    Merangkumi kerja-kerja pengurangan dan pembersihan rumpai air planktonic, pengnyahan selut dan bau, pengudaraan, peningkatan kualiti air serta pencegahan pencemaran.

    ii) Menaik taraf infrastruktur sedia ada

    Cadangan untuk menaik taraf pejalan kaki, laluan sikal dan kemudahan pencahayaan di kawasan tasik ini.

    iii) Menambah serta membaik pulih prasarana sedia ada

    Prasarana yang dimaksudkan termasuklah keperluan untuk menaik taraf atau menambah kemudahan tandas, taman permainan kanak-kanak, wakaf, aksesori taman dan juga pagar di sekeliling tasik.

    1. Mewujudkan Unit Pengurusan Taman Tasik dan juga Renjer Taman Unit Taman Tasik yang dicadangkan adalah terdiri 14 jawatan Pekerja Awam Gred R1 akan di bahagian kepada dua kumpulan serta 25 jawatan Pembantu Penguatkuasa (Renjer) yang akan menjalankan tugas pemantauan dan pemeriksaan di semua taman-taman
    Unit Pengurusan Taman Tasik
    BIL JAWATAN ASAL GRED BILANGAN JAWATAN CATATAN
    1. Pekerja Awam R1 14 2 Kumpulan (7 orang setiap

    kumpulan)

    2. Pembantu Penguat kuasa (Renjer)   25  
    Jumlah   39  

    Satu bengkel berhubung cadangan serta pelan tindakan tersebut akan diadakan pada 19 – 20 Disember 2013 yang akan melibatkan EXCO Kerajaan Negeri, pihak UPEN di samping panel landskap daripada ILAM, UPM, UiTM, FRIM dan penasihat tetap landskap daripada UPM dan Zoo Negara.

    Pihak NGO’s daripada Malaysia Nature Society, Eco Warriors dan juga penasihat reka bentuk daripada individu dan pemaju juga akan turut sama dijemput.

Lampiran

Tiada Lampiran.