PELAKSANAAN PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPA)

8) PELAKSANAAN PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM (PIPA)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri telah bersedia untuk melaksanakan PIPA?

    Isu kesesakan lalu lintas merupakan salah satu isu yang selalu dibangkitkan terutama oleh penduduk di kawasan Menyedari perkara ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) yang merupakan dokumen asas ke arah mewujudkan perancangan pengangkutan awam yang komprehensif sebagai salah satu inisiatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Negeri Selangor. Penyediaan PIPANS memberi lakaran dan alternatif baru jajaran dan jalinan pengangkutan awam supaya Kerajaan Negeri dapat membantu merangka sistem  pengangkutan awam yang menepati keadaan semasa dan kehendak rakyat Negeri Selangor.

    Penyediaan dokumen ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sememangnya telah bersedia dan mempunyai pandangan jauh dalam memulakan pelan pengangkutan yang mampan terutamanya dalam menambahbaik sistem pengangkutan di Negeri Selangor. Namun begitu, penglibatan daripada pelbagai pihak terutama agensi pelaksana pengangkutan berkaitan terutamanya di peringkat Kerajaan Persekutuan adalah sangat penting. Penyelarasan di peringkat semua pihak amat diperlukan dalam perancangan pembangunan supaya pelan ini dapat diintegrasikan ke dalam pelan-pelan agensi sedia ada dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan nisbah pengangkutan awam kepada penggunaan kenderaan persendirian dengan nisbah 60:40.

Lampiran

Tiada Lampiran.