Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

183) PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN TEMPATAN 21 (LOCAL AGENDA 21) OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri agar Jawatankuasa Pembangunan Mampan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan dinaiktaraf sebagai suatu Jabatan dan di bawah pantauan terus Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis Daerah.

    Sejak tahun 2000, Local Agenda 21 telah diterima pakai di semua Pihak Berkuasa
    Tempatan di Negeri Selangor. Program ini telah berjaya meningkatkan proses
    perundingan dan interaksi antara Pihak Berkuasa Tempatan, agensi dan juga
    masyarakat awam secara lebih berkesan dalam merancang pembangunan ke arah
    kemampanan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri turut menyedari bahawa Local
    Agenda 21 masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan terutamanya dari segi
    tadbir urus yang baik, komunikasi efektif dan pembinaan kapasiti.
    Seiringan dengan itu, Kerajaan Negeri sedang dalam proses mengkaji penstrukturan
    semula organisasi PBT di Negeri Selangor, penstrukturan semula jabatan-jabatan
    dalaman Pihak Berkuasa Tempatan dan juga cadangan mewujudkan Jabatan
    Pembangunan Mampan ataupun Jabatan ‘Local Agenda 21’ sebagai jabatan
    persendirian di bawah pemantauan Datuk Bandar atau Yang Dipertua akan diberi
    perhatian khusus.

Lampiran

Tiada Lampiran.