Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

196) PELAKSANAAN PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai penerima KISS sehingga kini?

    Jawapan ini akan dijawab bersekali dengan soalan dari Ahli Yang Berhormat Tuan Rizam Bin Ismail dari Sungai Air Tawar bertajuk Program Kasih Ibu Smart Selangor.

    Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, dengan merujuk kepada data yang disediakan oleh pihak Selcare Management Sdn Bhd selaku pengendali Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sehingga 12 Ogos 2018, sebanyak 34,637 orang penerima telah menerima manfaat daripada program ini dan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM30,237,870.00.

    Kerajaan Negeri sedar akan sambutan yang luar biasa daripada kaum ibu di Selangor terhadap Program KISS sejak ia mula dilancarkan pada 22 Januari 2018 yang lalu. Justeru itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan program ini pada tahun seterusnya dengan mempertimbangkan kadar pemberian jumlah saraan langsung secara berperingkat kerana Kerajaan Negeri akan mewujudkan Program Work From Home yang boleh menambahkan pendapatan seisi rumah kepada penerima bantuan program ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.