Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

193) PELAKSANAAN USUL DEWAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dewan telah meluluskan usul menangguhkan projek Langat 2 sehingga penstrukturan industri air diselesaikan. Bagaimanakah kerajaan negeri melaksanakan usul ini sedangkan projek Langat 2 telah dimulakan?

    Tidak dinafikan tender pelantikan kontraktor bagi Projek Lngat 2 telah dimuktamadkan, tetapi pelantikan tersebut tidak melibatkan Kerajaan Negeri Selangor. Namun demikian, usul yang diluluskan oleh Dewan Negeri untuk menangguhkan pelaksanaan Langat 2 hanya melibatkan pentadbiran di Negeri Selangor dan tidak menjejaskan pelantikan kontraktor yang telah dimuktamadkan oleh Kerajaan

     

    Bagi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, usul tersebut dilaksanakan dengan menangguhkan kelulusan yang dipohon oleh agensi pelaksana Projek Langat 2 contohnyai kelulusan Kebenaran Merancang, di mana kelulusan yang masih ditangguhkan itu adalah seperti berikut:-

     

    1. Kebenaran Merancang oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk komponen Ampang Reservoir;

     

    • Kebenaran Merancang oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk komponen Petaling Reservoir dan Bukit Jalil Reservoir;

     

    • Permohonan pengambilan balik bagi 134 lot tanah untuk maksud Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan Langat 2;

     

    1. Permohonan perizaban atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan menurut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 bagi 67 lot tanah;

     

     

    1. Permohonan permit penggunaan tanah rizab hutan bagi komponen Kolam Air Petaling, Kolam Air Ampang, Tunnel Outlet Portal, Jajaran paip Koridor Utara (terowong jajaran paip dari Kolam Air Ampang ke Kolam Air Hulu Langat) dan Jajaran Paip Air Koridor

     

    Kelulusan-kelulusan yang ditangguhkan itu hanya akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor setelah semua isu berbangkit berkenaan dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini adalah kerana pendirian Kerajaan Negeri Selangor mengenai pelaksanaan Projek Langat 2 masih kekal  seperti dahulu di mana Projek LRA 2 ini hanya boleh dilaksanakan bersekali dengan memuktamadkan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan  kepada Model Holistik.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.