Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

12) PELAN HALATUJU STRATEGIK DESA NEGERI SELANGOR 2035

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang telah dimulakan bagi mencapai matlamat yang disasarkan?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) telah menghasilkan dokumen Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 dengan matlamat memberdayakan masyarakat desa di Negeri Selangor ke arah Global Village (dengan izin) menjelang tahun 2035.

     

    Sebagai inisiatif awal susulan daripada penyediaan Pelan Halatuju Strategik ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor) sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Penstrukturan Semula Kampung Dalam Bandar Negeri Selangor 2019-2023 (PTK Desa) sebagai dokumen perancangan terperinci kepada agensi-agensi pelaksana bagi pelaksanaan cadangan pembangunan dan projek di 27 kampung dalam bandar (KDB) yang telah dikenalpasti yang terdiri daripada (lampiran 1):

     

    • 14 kampung di Daerah Klang
    • 4 kampung di Daerah Petaling
    • 3 kampung di Daerah Gombak
    • 1 kampung di Daerah Hulu Selangor
    • 2 kampung di Daerah Kuala Selangor
    • 2 kampung di Kuala Langat
    • 1 kampung di Daerah Hulu Langat

     

    PTK Desa ini merangkumi cadangan yang akan memandu pemegang taruh (stakeholders) serta agensi pelaksana mengenalpasti isu dan cadangan projek yang boleh dilaksanakan. Ia turut membantu dalam proses membuat keputusan secara berkesan dalam mengagihkan sumber peruntukan bagi tujuan meningkatkan kualiti persekitaran tempat tinggal khususnya di kawasan perkampungan yang menerima tekanan perbandaran.

     

    Antara kepentingan kajian ini adalah:

     

    1. Meningkatkan tahap kesejahteraan penduduk KDB Selangor dari aspek fizikal,ekonomi dan sosial;
    2. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan KDB Selangor;
    3. Mempertingkatkan tahap daya huni KDB Selangor;
    4. Melaksanakan cadangan pembangunan yang lebih sesuai dengan citra tempatan di KDB Selangor;
    5. Menterjemahkan dasar dan perancangan strategik sedia ada sama ada diperingkat Kerajaan Persekutuan,Negeri dan PBT;
    6. Memandu arah pembangunan fizikal,ekonomi dan sosial di peringkat KDB Selangor; dan
    7. Memastikan kelangsungan dan mengelakkan ketidakseimbangan pembangunan spatial.

     

    Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

     

    Pelan Halatuju Strategik ini mengandungi polisi, cadangan dan tindakan bersifat jangka masa pendek (quickwin), sederhana (medium term) dan jangka masa panjang ini (long term) sehingga tahun 2035. Ia telah mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kelestarian pembangunan kampung-kampung di Negeri Selangor dan mencadangkan penstrukturan semula kampung-kampung yang telah dikenalpasti. Secara keseluruhan sebanyak 71 projek dan inisiatif dicadangkan bagi memacu halatuju pembangunan desa di Negeri Selangor. Daripada jumlah ini, 27 projek telah dikategorikan sebagai Quick Win, 7 Projek Berimpak Tinggi dan 37 projek sokongan yang akan dibangunkan secara berfasa. Hanya 1 projek sahaja yang telah dilaksanakan oleh agensi (Lampiran 3). Projek-projek yang dicadangkan akan diselaraskan dan dilaksanakan oleh setiap peneraju yang berkaitan dengan inisiatif tersebut.

    Lampiran 1

    Berikut adalah senarai kampung yang terlibat:

    Bil Nama Kampung Daerah
    1. Kg. Pandamaran Jaya Klang
    2. Kg. Jawa Klang
    3. Kg. Telok Gadong Klang
    4. Kg. Padang Jawa Klang
    5. Kg. Rantau Panjang Klang
    6. Kg. Meru Klang
    7. Kg. Kuantan Klang
    8. Kg. Sungai Udang Klang
    9. Kg. Baru Pandamaran Klang
    10. Kg. Batu 4 Jalan Kapar Klang
    11. Kg. Sungai Pinang Bandar Klang
    12. Kg. Delek Klang
    13. Kg. Raja Uda Klang
    14. Kg. Bukit Naga Klang
    15. Kg. Sungai Kayu Ara Petaling
    16. Kg. Batu 14, Puchong Petaling
    17. Kg. Padang Jawa Petaling
    18. Kg. Baru Seri Kembangan Petaling
    19. Kg. Laksamana Gombak
    20. Kg. Gombak Utara Gombak
    21. Kg. Selayang Baru Gombak
    22. Kg. Dato’ Harun (Melayu) Hulu Selangor
    23. Kg. Telok Panglima Garang Kuala Langat
    24. Kg. Banting Kuala Langat
    25. Kg. Sungai Kajang Kuala Selangor
    26. Kg. Assam Jawa Kuala Selangor
    27. Kg. Pandan Dalam Hulu Langat

     

     

     

    Lampiran 2

     

    Output akhir bagi kajian ini adalah terbahagi kepada 2 jilid laporan yang merangkumi:

    Jilid 1 :

     

    • Pengenalan Kajian
    • Definisi Kampung Dalam Bandar (KDB) & Penstrukturan Semula
    • Kenyataan Visi, Matlamat& Objektif
    • Nilai Utama, Elemen Sokongan& Pendekatan
    • Garis Panduan Umum Kampung Dalam Bandar (KDB)
    • Pelan Intergrasi Pengurusan Fasiliti Kampung Dalam Bandar (KDB)
    • Model Bisnes Kampung Dalam Bandar (KDB)
    • Model Nilai Tanah
    • Panduan Penggunaan Maklumat Geospatial

     

    Jilid 2A: Cadangan perancangan KDB Daerah Klang

    Jilid 2B: Cadangan perancangan KDB selain dari Daerah Klang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.