Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

107) PELAN INDUK PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG “SELANGOR MARITIME GATEWAY

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangan semasa perancangan dan pelaksanaan projek di bawah Pelan Induk Pembangunan Sungai Klang ÒSelangor Maritime Gateway" (SMG)

    Keterangan SMG

    Projek:

    Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang atau kini dikenali sebagai Selangor Maritime Gateway (“SMG”) merangkumi tiga (3) aktiviti utama yang sedang dan akan dilaksanakan bagi tempoh 15 tahun bermula tahun 2017, iaitu:-

    • Pembersihan

    Objektif: Memastikan Sungai Klang bersih daripada sisa pepejal terapung.

    • Pemuliharaan

    Objektif: Meningkatkan kualiti air.

    • Pembangunan

    Objektif: Merealisasikan nilai pembangunan di kawasan berpotensi di sepanjang Sungai Klang (unlock value of potential development sites).

    Pemaju:

    Keputusan MMKN Ke 7/2018 pada 7 Mac 2018 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 8/2018 pada 14 Mac 2018 telah meluluskan supaya Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), sebagai Master Developer bagi melaksanakan projek-projek di bawah SMG.

    Status Projek SMG

     

    • Pembersihan sungai bertujuan untuk menyekat dan mengeluarkan sampah terapung dari sungai melalui pemasangan tujuh (7) perangkap sampah (log boom) di lokasi strategik berdasarkan kajian hidraulik di sepanjang 56 km Sungai Klang dan tributaries. Perangkap sampah di Sungai Kandis telah disiapkan pada April 2018 dan sedang beroperasi sepenuhnya. Tambahan pemasangan enam (6) perangkap sampah baharu di peringkat akhir pembinaan dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada Suku ke-2 tahun ini

    Dalam tempoh dua (2) tahun semenjak Februari 2017 hingga Januari 2019, sebanyak 44,078 Metrik Tan (MT) sisa pepejal terapung telah dikeluarkan daripada jajaran sepanjang 56 km Sungai Klang bermula di sempadan KL/PJ sehingga ke muara sungai.

    • Pemuliharaan Sungai Klang melibatkan dua (2) komponen atau aktiviti utama iaitu:-

    Pemuliharaan bekas tapak pelupusan sisa pepejal Telok Kapas, Klang

     

    Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang (PDT Klang) telah memberi kebenaran kepada pihak Landasan Lumayan Sdn Bhd (anak syarikat milikan penuh MBI) untuk memasuki tapak bagi menjalankan kajian pemuliharaan melalui surat bertarikh 30 Mei 2018. Lanjutan dari itu, beberapa sesi lawatan serta penyelidikan tapak telah dilaksanakan. Laporan awalan feasibility serta kaedah pemuliharaan telah disiapkan pada Oktober 2018.

    Pemuliharaan secara komprehensif Sungai Klang

    Pemuliharaan Sungai Klang akan dilaksanakan bersama projek pembangunan riverfront di sepanjang 56 km Sungai Klang bagi tujuan pembiayaan kos pemuliharaan sungai yang besar. Pelawaan secara terbuka bagi pendaftaran pra-kelayakan dibuat melalui iklan di akhbar-akhbar utama pada 7 & 11 Mac 2019 kepada syarikat, syarikat usahasama atau konsortium yang mempunyai kepakaran di dalam bidang pembangunan tanah dan teknologi pemuliharaan sungai.

    • Pembangunan Fasa 1 SMG yang tertumpu di sepanjang 22 km Sungai Klang (kawasan Klang) merupakan projek pembangunan pemangkin (catalyst development) bagi merancakkan pembangunan berdaya impak masa hadapan di dalam Fasa 2 dan 3 (tahun 2022 seterusnya). Lima (5) projek pembangunan pemangkin di dalam Fasa 1 SMG yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:-

    Cadangan Menaiktaraf Taman Awam Pengkalan Batu (16.0 ekar);

    Objektif: Menaikkan imej taman persisir sungai ini supaya dapat menarik masyarakat setempat memunafaatkan kemudahan rekreasi dan keindahan flora dan fauna di samping menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

    Status: Kelulusan merancang melalui Seksyen 20A dari pihak PLAN-Malaysia (JPBD) telah diperolehi pada 14 Januari 2019.

    Cadangan Taman Pemuliharaan Hutan Bakau atau dikenali sebagai Mangrove Point (128.76 ekar);

    Objektif: Pemuliharaan hutan paya bakau yang satu-satunya terdapat di sepanjang Sungai Klang dan menerapkan konsep Therapheutic Biophilia yang mengenengahkan hubungan manusia dan alam semulajadi.

    Status: Kelulusan merancang bersyarat melalui Seksyen 20A dari pihak PLAN-Malaysia (JPBD) telah diperolehi pada 22 Februari 2019.

     

    Cadangan Pembangunan Community River Park (98.0 ekar);

    Cadangan Pembangunan Grand Bazaar (33.91 ekar); dan

    Cadangan Pembangunan Cultural Village & Retreat Park (35.5 ekar).

Lampiran

Tiada Lampiran.