Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

3) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status perlaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Awam?

    Untuk makluman YB, Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor telah dimulakan pada Ogos 2016 dan pada Januari 2016 Kerajaan Negeri telah menerima deraf Laporan Akhir Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Selanjutnya, Kerajaan Negeri telah mengadakan sesi keterlibatan (engagement) deraf Laporan Akhir Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor bersama pihak ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan rakyat bagi mendapatkan maklum balas dan input berkaitan pelan induk tersebut.

     

    Maklum balas dan input tambahan melalui sesi tersebut akan diambilkira bagi memuktamadkan Laporan Akhir pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Laporan akhir ini telah disiapkan dan dijadualkan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 23 Mac 2016.

    Hasil kajian selama enam (6) bulan telah mencadangkan 12 penyelesaian bagi menangani isu kesesakan lalulintas dan membantu rakyat meningkatkan aksesibiliti terhadap pengangkutan awam seperti berikut :

     

      Jajaran/Justifikasi
    KTM
    P1 KTM Freight Line North Serendah-Klang

    Liputan kawasan utara Negeri Selangor

    P2 KTM Freight Line South Klang-KLIA-Senawang

    Liputan kawasan selatan Negeri Selangor

      ·         Menyediakan jajaran baru khas untuk sistem pengangkutan barangan dengan jumlah perhentian yang terhad untuk pergerakan yang lebih pantas.

    ·         Mengasingkan   laluan   utama   pengangkutan  awam    bagi   membolehkan

    perkhidmatan keretapi sedia ada digunakan sepenuhnya secara efisien untuk pergerakan penumpang.

    MRT
    P3 MRT Circle Line 1 6 km radius dari Kuala Lumpur

     

      ·         Penambahbaikan kepada “MRT Circle Line” untuk kawasan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya (MPAJ dan MBPJ).
    P8 MRT Extension West Sg.    Buluh   –    Elmina   West    –    West    Coast Development
      ·         Membolehkan kawasan Selangor Vision Valley (Elmina East, Elmina West,

    Kota Elmina Denai Alam, Bukit Lagong) menjadi sebahagian daripada pembangunan asas MRT.

    LRT
    P4 LRT Extension Gombak – Selayang – Kepong
      ·         Meluaskan perkhidmatan LRT/MRT sedia ada untuk kegunaan kawasan

    yang terletak dalam Negeri Selangor.

    P5 LRT Bukit Lanjan Bandar Utama – Kepong
      ·         Membolehkan   kawasan    pembangunan   berkepadatan    tinggi    di    MBPJ

    mempunyai akses kepada perkhidmatan LRT3.

    P6 LRT Circle Line North Rawang – Shah Alam (Wheel 2 North)
      ·         Untuk memberi perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 10 bandar baru yang terletak di kawasan Puncak Alam, Selangor Vision City, Bukit Subang, Bukit Jelutong dan Shah Alam (menghubungkan MRT1 dengan LRT3, BRT

    dan KTMB di Shah Alam)

    P7 LRT Circle Line 2 South Shah Alam – Putrajaya (Wheel 2 South)
      ·         Melengkapkan jajaran P6 dengan laluan terus ke Kota Kemuning, Rimbayu

    sehingga ke Cyberjaya (integrasi keseluruhan koridor bahagian barat Negeri Selangor).

    P9 Sunway BRT Extension USJ-Puchong
      ·         Mengintegrasi kawasan Puchong dengan USJ dan Sunway.
    P10 PJ PRT Bandar Utama -TTDI – PJ KTM Station
      ·         Model sistem PRT (People-Rapid-Transit) dalam bandar.

    ·         Pemilihan jajaran sebagai alternatif untuk menggantikan Lebuh raya KIDEX.

    P11 LRT Extension Possible Link-Putra Height-LRT Circle Line 2

    spur line

      ·         Membolehkan keseluruhan koridor pengangkutan barat berintegrasi dengan

    LRT1 dan LRT 2 di Putra Height.

    P12 LRT Circle Line 3 Possible long term link-Klang-Nilai
      ·         Cadangan jangka masa panjang untuk mengintegrasikan National Vision Valley (NVV) di Negeri Sembilan dengan Negeri Selangor dengan menyambungkan LRT 3 ke Teluk Panglima Garang, Tanjung Dua Belas,

    Salak Tinggi dan Sepang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.