Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

16) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri telah membangunkan Pelan Induk Pengangkutan Awam negeri sebagaimana yang diwar-warkan?

    Kerajaan sentiasa komited bagi menyediakan perancangan infrastruktur yang terbaik kepada Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, Kerajaan telah melantik perunding yang berkelayakan bagi menyediakan kajian ini yang dijadualkan mengambil masa selama enam (6) bulan. Draf Laporan Interim kajian ini dijadualkan disiapkan seawal bulan November 2015.

    Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor merupakan dokumen asas ke arah perancangan pengangkutan awam  yang mencukupi, kebolehsampaian, ketepatan masa, user friendly, selamat, strategi dan komprehensif. Kerajaan amat peka terhadap masalah utama pengangkutan awam di Negeri Selangor seperti berikut :

    • Penggunaan kenderaan persendirian yang tinggi;

     

    • Kawasan liputan bas henti-henti yang rendah;

     

    • Tahap penyediaan kemudahan sokongan sistem pengangkutan awam yang mesra pengguna tidak menyeluruh;

     

    1. Kawasan liputan perkhidmatan rel terhad dan berada di lokasi yang tidak memenuhi kehendak dan perancangan negeri; dan

     

    • Kekurangan perkhidmatan sokongan pengangkutan

     

    Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan pelaburan dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan awam dan menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama. Sehubungan itu penyediaan pelan ini akan memandu Kerajaan mencapai hasrat tersebut selaras dengan pembangunan Ekonomi Peduli Rakyat Negeri Selangor. Apabila disiapkan kelak kajian ini akan dapat menentukan halatuju pengangkutan awam Negeri Selangor seperti berikut :

     

    1. Mencapai sasaran nisbah pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian adalah 60:40;
    2. Menghasilkan Pelan Induk Pengangkutan Awam yang komprehensif meliputi pelan jaringan lebuhraya dan pengangkutan awam semasa dan masa hadapan untuk rujukan Kerajaan Negeri, Persekutuan, agensi terlibat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan penyelarasan pengurusan dan pelaksanaan yang lancar (seamless) di setiap peringkat;
    • Mencadangkan strategi jangka masa pendek, sederhana dan  panjang serta agensi bertanggungjawab terutama bagi  meningkatkan penggunaan pengangkutan awam meliputi perkhidmatan LRT, MRT,BRT, feeder bus, perkhidmatan bas dan teksi);
    • Mencadangkan dan mengintegrasikan jalan raya dan lebuhraya sedia ada dengan pengangkutan awam sedia ada dan akan datang;
    • Mencadangkan dan menggalakkan penggunaan kemudahan sokongan bagi lorong pejalan kaki, lorong berbasikal dan program car free di dalam kawasan bandar;
    • Mencapai keseimbangan antara pembinaan lebuhraya dan penyediaan sistem pengangkutan awam melalui kajian yang telus dan terperinci;
    • Menganalisi konsep Transit Oriented Development (TOD) bagi membolehkan pembangunan perumahan dan komersil di Lembah Klang diintegrasi dengan penyediaan infrastruktur pengangkutan

Lampiran

Tiada Lampiran.