Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

189) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan kemajuan penyediaan Pelan Induk Pengangkutan Awam bagi negeri Selangor?

    Penyediaan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor telah dimulakan pada bulan April 2015 lagi dengan perbincangan untuk memperhalusi Terma Rujukan (ToR) Selanjutnya, Kerajaan telah melantik perunding MAG Technical & Development Consultans Sdn. Bhd. bagi menyediakan kajian ini yang dijadualkan mengambil masa selama enam (6) bulan bermula pada bulan Ogos 2015 sehingga bulan Februari 2015. Draf Laporan Interim kajian ini dijadualkan diperolehi seawal bulan November 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.