Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

44) Pelan Induk Pengangkutan Awam Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status perlaksanaan pelan induk pengangkutan awam Selangor?

    (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor (PIPANS) yang mengandungi perancangan dalam pembangunan pengangkutan awam khususnya berasaskan rel telah mengenalpasti 12 cadangan koridor laluan pengangkutan awam yang paling optimum untuk Negeri Selangor, namun pelaksanaannnya memerlukan kos pembinaan yang tinggi dan penglibatan daripada pelbagai pihak terutamanya agensi pelaksana pengangkutan yang berkaitan khususnya di peringkat Kerajaan Persekutuan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telahpun menyenaraikan cadangan 12 koridor tersebut di dalam Rancangan Malaysia ke-12 kepada Kementerian Pengangkutan untuk dipertimbangkan. Buat masa ini, tiada perancangan untuk memperbaharui pelan tersebut memandangkan ianya merupakan pelan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk mencapai hasrat dalam meningkatkan nisbah pengangkutan awam kepada penggunaan kenderaan persendirian dengan nisbah 60:40 menjelang tahun 2035.

Lampiran

Tiada Lampiran.