Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

74) PELAN KOMPREHENSIF BESERTA PERUNTUKAN MENCUKUPI SISTEM PENGALIRAN DAN SALIRAN DI DUN SELAT KLANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandang kawasan Selat Klang lebih rendah daripada paras laut, apakah pelan komprehensif bagi mengurangkan risiko banjir kilat? Adakah ia mengambilkira maklum balas serta pengalaman penduduk setempat?

    Secara umumnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah menyediakan pelan komprehensif bagi mengatasi masalah banjir di dalam Daerah Klang. Pelan komprehensif tersebut dikenali sebagai Pelan Induk Saliran Daerah Klang telah dibangunkan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dan siap pada tahun 2009 merangkumi beberapa aspek kajian dan perancangan yang perlu dirujuk sebelum sebarang pembangunan dijalankan di dalam Daerah Klang. Rancangan tebatan banjir turut diberi keutamaan dan perhatian di dalam pelan komprehensif tersebut bagi memastikan kelestarian pengurusan banjir perlu dilaksanakan secara konsisten dengan mengambil kira pelan penampan banjir termasuk pengurusan empangan dan saliran yang lebih

    Pelan komprehensif tersebut merupakan suatu langkah jangka panjang terhadap masalah banjir di dalam Daerah Klang tetapi projek-projek tebatan banjir jangka pendek kini giat dilaksanakan di seluruh daerah yang turut melibatkan semua agensi kerajaan termasuk Phak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), polis, pejabat daerah dan lain-lain. Skop pengkhususan yang diberikan kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor adalah berkaitan dengan pembangunan ke atas sistem saliran, pengurusan sungai, pengukuhan benteng

     

    sungai dan pantai dsb. Secara keseluruhannya pelan komprehensif ini turut mengambilkira maklumbalas dan cadangan yang dikemukakan oleh penduduk setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.