Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

250) Pelan Menangani Pandemik COVID-19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kelemahan utama yang telah dikenalpasti oleh Pasukan Petugas Covid-19 sehingga jumlah kes yang semakin meningkat berulang?

    Kelemahan utama yang telah dikenalpasti oleh Petugas Covid-19 yang menyebabkan jumlah kes meningkat adalah pematuhan komuniti kepada SOP untuk pencegahan penularan wabak ini semakin lemah seperti;

    1. Tidak mengamalkan pemakaian pelitup muka semasa berada di tempat- tempat awam
    2. Tiada penggunaan hand sanitizer secara kerap
    3. Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter tidak diamalkan
    4. Menghadiri perhimpunan atau majlis keraian semasa bergejala
    5. Engkar arahan kuarantin oleh pihak berkuasa

Lampiran

Tiada Lampiran.