Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

119) PELAN MENGATASI KETIDAKCEKAPAN SISTEM PENGURUSAN PANGSAPURI

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah pengurusan pangsapuri terutama jenis kos rendah?

    Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], hakmilik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hakmilik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan pangsapuri sendiri. Walau bagaimanapun, atas dasar keprihatinan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program “Memberdayakan Komuniti” untuk membantu menyelesaikan masalah secara tuntas bagi semua pangsapuri kos rendah dengan penekanan kepada 3 aspek pengurusan seperti berikut:

    • Pengurusan
    • Pengurusan
    • Pengurusan

    Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan beberapa penambahbaikan kepada program-program “Memberdayakan Komuniti” sedia ada seperti berikut:

    • CERIA (Caring Government For Residents’ Improvement Aid Scheme).

    Perluasan skop daripada pangsapuri kos rendah/sederhana rendah berharga sehingga RM70,000.00 kepada harga sehingga RM150,000.00 termasuk untuk Rumah Selangorku Jenis B dan C1 bagi kerja-kerja baikpulih seperti berikut:

    • Lif
    • Bumbung
    • Tangki Air
    • Pembentung
    • Cat Bangunan
    • SEROJA (Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri)

    Pemberian geran RM5,000.00 daripada RM10,000.00 untuk program keselamatan tahunan untuk digunakan bagi memasang CCTV. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri prihatin akan cabaran penduduk pangsapuri kos rendah untuk melaksanakan aktiviti rondaan di atas kekangan masa untuk bekerja.

    • FOKUS (Format Kurikulum Pengurusan Bangunan Strata)

    Pemberian tambahan peruntukan sejumlah RM5,000.00 daripada RM15,000.00 sedia ada bagi pelaksanaan kursus FOKUS khas untuk memberi latihan kepada JMB/MC supaya dapat menyediakan jadual petak yang mempunyai maklumat unit-unit syer bagi setiap pemilik dan memfailkannya ke Pesuruhjaya Bangunan selaras dengan kehendak Seksyen 8, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

    • K-SQUAD (PPROGRAM KHAS PEMBERDAYAAN KOMUNITI)

    Pelaksanan K-Squad untuk membangunkan keupayaan komuniti miskin bandar mengurus bangunan dan komuniti dengan berkesan dan Pangsapuri Seri Perantau, Klang telah dipilih sebagai projek perintis. Melalui skim tersebut, pelantikan ejen pengurusan dibuat selaras dengan kehendak Seksyen 86, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Berdasarkan Akta 757, skop ejen pengurusan adalah untuk mengurus dan menyenggara pangsapuri. Walau bagaimanapun, di bawah K-Squad, skop ejen pengurusan ditambah seperti berikut:

    • Mengemukakan laporan audit bangunan;
    • Menetapkan kadar caj ideal;
    • Membuat bancian dan mengenalpasti penduduk yang tidak mampu membayar caj;
    • Memberi latihan kepada penduduk yang berpotensi untuk menjadi ahli jawatankuasa JMB/MC dalam aspek pengurusan dan penyenggaraan bangunan; dan
    • Membantu menguruskan Program-program Pemberdayaan Komuniti Negeri Selangor untuk komuniti
    • SAMBUTAN HARI PANGSAPURI HARMONI MALAYSIA

    Sempena sambutan Hari Pangsapuri Malaysia Harmoni, Kerajaan Negeri akan mengadakan dua program sebagai penghargaan kepada JMB/MC kos rendah/sederhana rendah seperti berikut:

    • Majlis Terima Kasih JMB/MC Wanita untuk menghargai peranan mereka dalam memberi sumbangan kepada negeri dan negara bukan sahaja sebagai ibu dan pekerja malahan sebagai ahli jawatankuasa JMB/MC.
    • Karnival Komuniti CERIA JMB/MC untuk menghargai JMB/MC yang memberi sumbangan kepada negeri dalam membentuk komuniti pangsapuri “Bersih, Ceria, Harmoni”
    • PENARAFAN KOMUNITI

    Selain daripada Anugerah K-STAR (Komuniti Bestari) yang diwujudkan untuk peserta-peserta yang telah menerima bantuan Skim CERIA, Kerajaan Negeri telah mewujudkan dua lagi anugerah supaya JMB/MC kos rendah/sederhana rendah terus berdaya saing seperti berikut:

    • Anugerah K-Inovasi.
    • Anugerah Penjimatan Air Negeri

    Penyampaian anugerah akan dibuat pada Program Perhimpunan Perdana JMB/MC yang dijangka pada 31 Oktober 2016.

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM104.7 jutabagi pelaksanaan bagi 19 program “Memberdayakan Komuniti seperti butiran terperinci di LAMPIRAN A.

Lampiran

Tiada Lampiran.