Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

93) PELAN MENYELURUH (BLUEPRINT) SALIRAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang memerlukan pelan saliran yang rapi. Bilakah siap Pelan Menyeluruh Saliran bagi negeri Selangor?

    Sehingga hari ini, Pelan Menyeluruh Saliran bagi Negeri Selangor yang telah siap adalah 9 kajian. Senarai pelan induk tersebut adalah seperti di lampiran.

    Untuk makluman, terdapat juga cadangan untuk menghasilkan dua (2) masterplan yang baharu dibawah peruntukan RMKe-11. Masterplan yang dirancang adalah ‘Kajian Saliran Bandar Daerah Gombak (melibatkan kawasan Selayang, Batu Arang dan Kuang) dan ‘Kajian Saliran Bandar Pekan Semenyih, Hulu Langat. Kedua-dua masterplan ini melibatkan kos atau peruntukan sebanyak RM 6 juta dan dijangka bermula pada tahun 2017.

    Maklumat Tambahan:

     

    Pelan Induk Saliran Bandar yang telah dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor ini boleh digunapakai dalam tempoh 5 (Lima) hingga 7 (Tujuh) tahun. Pelan induk ini dihasilkan mengikut keutamaan lembangan dan masalah yang sering berlaku di lembangan tersebut.

     

    Bil Nama Kajian Daerah Terlibat Tahun
    1 Kajian Pelan Induk Saliran Untuk Bandar Klang Klang 2009
    2 Kajian Pelan Induk Saliran Untuk Sungai Buloh, Petaling Petaling, Gombak 2009
    3 Kajian Pelan Induk Saliran Untuk Bandar

    Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan

    Kuala Lumpur, Petaling 2009
    4 Kajian Pelan Induk Saliran Sungai Rasau, Mukim Dengkil, Daerah Sepang Sepang  
    5 Kajian Pelan Induk Saliran Bagi Majlis Perbandaran Kajang, Hulu Langat. Hulu Langat 2010
    6 Kajian Sistem Saliran Di Bandar Banting, Kuala Langat Kuala Langat 2012
    7 Kajian Projek Tebatan Banjir Pelabuhan Klang Klang 2012
    8 Kajian Rancangan Tebatan Banjir Sungai Labu, Sepang Sepang  
    9 Kajian Rancangan Tebatan Banjir Sungai

    KFC, (Sg. Selingsing) Dengkil, Sepang.

    Sepang  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.