Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

109) PELAN PEMBANGUNAN TINDAKAN KAWASAN PERINDUSTRIAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan masa dan penyelenggaraan untuk pembaikan Jalan-jalan Rosak di Kawasan Perindustrian Selangor?

    Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu penyelenggaraan di kawasan perindustrian, Kerajaan Negeri membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara jalan dikawasan – kawasan perindustrian yang sedia

    Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengarahkan agar Pihak Berkuasa Tempatan mengadakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan industri.

    Bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dimasa hadapan, Kerajaan Negeri dalam proses mengkaji berkenaan cadangan penetapan peratusan peruntukkan penyelenggaraan kawasan perindustrian yang perlu disediakan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan khusus untuk menyelenggara kawasan perindustrian yang sedia ada.

    Kerajaan Negeri juga menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.