Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

204) PELAN PERANCANGAN DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sama ada Kerajaan Selangor ada suatu pelan landskap DUN Teratai dan berapakah peruntukan tahun ini untuk pelan perancangan DUN Teratai supaya jadi sebuah kawasan hijau, indah dan bersih?

    Pihak Majlis tidak mempunyai Pelan Landskap khusus untuk Dun Teratai.

    Walaubagaimanapun pihak Majlis telah memohon peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara untuk mewujudkan Pelan Induk Lanskap seluruh kawasan MPAJ. Pihak Majlis juga memperuntukkan anggaran RM 489, 210.00 untuk Dun Teratai pada tahun 2013 bagi penyelenggaraan dan pengindahan landskap. Untuk makluman, pihak Majlis melaksanakan program penanaman pokok menggunakan kakitangan sendiri dan pokok ini dari tapak semaian Majlis dan ini secara tidak  langsung dapat menjimatkan kos bagi pengindahan landskap di kawasan Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.