Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

158) PELAN PRA-HITUNGAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kampung baru menggunakan pelan pra-hitungan (Pre-Computation Plan)? Jika tidak, nyatakan pelan ukur sedia ada yang diguna pakai?

    Pelan Pra-hitungan adalah terhad kepada kawasan-kawasan yang melibatkan pembangunan perbandaran. Dalam kes ini, pengukuran kawasan kampung baru adalah tidak menggunakan kaedah Permohonan Ukur (P.U). Kaedah PU ini akan diselaraskan oleh Pejabat Tanah Daerah masing-masing sebelum ianya dihantar terus ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bagi tujuan pengeluaran Pelan Akui (P.A). Pelan Diakui ini kemudiannya digunakan bagi pengeluaran Hak milik Muktamad.

Lampiran

Tiada Lampiran.