Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

108) PELAN TEKNOLOGI DIGITAL UNTUK PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pelan ekonomi digital bagi membantu usahawan dan industri kecil sederhana untuk memanfaatkan teknologi digital berikutan kesan Covid-19 kepada perusahaan dan perniagaan di Negeri Selangor?

    Sejak Januari 2020, wabak Covid-19 yang melanda telah mengubah cara kehidupan dan perniagaan di Malaysia.

    Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada March 2020 serta melaksanakan semula PKP Bersyarat di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Oktober 2020 untuk mengekang penularan wabak.

    Kawalan pergerakan, penutupan pejabat serta gangguan rantaian bekalan menjadi kebiasaan baru.

    Dalam keadaan ini, Kerajaan Negeri Selangor menyedari proses pendigitalan adalah mustahak dalam merangsangkan ekonomi Selangor.

    Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor dan Majlis Teknologi Maklumat dan E-dagang Selangor (SITEC) telah merangka, memperkenalkan dan melaksanakan lima initiatif bantuan kepada PKS dan perniagaan mikro.

    Lima initiatif adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.