PELAN TELEKOMUNIKASI NEGERI SELANGOR

182) PELAN TELEKOMUNIKASI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis panduan yang jelas berkaitan menara telekomunikasi di negeri ini?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mengguna pakai Garis Panduan Pembinaan Struktur Menara dan Sistem Pemancar Telekomunikasi Tahun 2002 yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 8 April 2002 .

    Oleh kerana, terdapat banyak permohonan untuk pembinaan menara telekomunikasi di Negeri Selangor oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dan ianya dapat menyumbang kepada peningkatan hasil negeri, maka Kerajaan Negeri mengambil tindakan memperkemaskan lagi Garis Panduan Pembinaan Struktur Menara dan Sistem Pemancar Telekomunikasi sediada supaya ianya memberi manfaat kepada rakyat dan tidak memudaratkan penduduk.

    Justeru, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) supaya menyediakan satu Garis Panduan Pembinaan Struktur Menara dan Sistem Pemancar Telekomunikasi yang baru bagi Negeri Selangor.

    Garis panduan baru ini mengambilkira pandangan dari semua pihak iaitu semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi-agensi Teknikal Kerajaan, NGO, REDHA, dan lain-lain. Perbincangan yang menyeluruh telah diadakan melalui beberapa siri bengkel dan engagement.

    Penyediaan garis panduan tersebut di dalam peringkat akhir dan akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat, untuk pemakaian di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.