PELAN TINDAKAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
55) PELAN TINDAKAN GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi dalam Pelan Tindakan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang bebas kekangan dan mesra OKU?
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan Orang Kurang Upaya (OKU) juga mendapat pengiktirafan dan kesamarataan peluang di negeri Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menerima pakai Pelan Tindakan OKU 2016-2020 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat) serta Akta OKU 2008 yang banyak memberi manfaat kepada pembangunan OKU termasuk di Negeri
Melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan dalam menyediakan pelbagai kemudahan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) mengakses kepada persekitaran fizikal di bandar mahupun di luar bandar yang berkonsepkan reka bentuk sejagat. Selain daripada itu, usaha PBT juga untuk meningkatkan tahap aksesibiliti dan kebolehgunaan kemudahan pengangkutan awam kepada golongan OKU serta kemudahan-kemudahan lain yang memerlukan penglibatan OKU dalam pengurusan kehidupan harian.
