Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

96) PELAN TINDAKAN TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR 2016-2018

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian semasa Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor telah di luluskan pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 28/2015 pada 2 September 2015. Melalui Pelan Tindakan ini, Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan semua PBT Negeri Selangor sebgai perbandaran hijau dan seterusnya mencapai Bandar Rendah Karbon menjelang 2030.

    Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018 memberi tumpuan kepada 7 tindakan utama iaitu:

    • Perbandaran Hijau Melalui Bandar Rendah Karbon Selangor;
    • Perolehan Hijau Kerajaan;
    • Pemasangan Rangkaian   Pengecas   Kenderaan   Elektrik    (Electric Vehicle) Di Selangor;
    • Penggunaan Bas Elektrik Bagi Program ‘Bas Percuma’ Di PBT;
    • Pemasangan Bumbung Solar Bagi Projek Perumahan Selangorku;
    • Bangunan Cekap Tenaga Di Bangunan Kerajaan Negeri Selangor; dan
    • Program Penghijauan Taman Industri

    Berdasarkan tindakan utama yang dinyatakan di dalam Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018, berikut merupakan pencapaian terkini:-

     

    TINDAKAN SASARAN PENCAPAIAN
    i.      Perbandaran Hijau Melalui        Bandar

    Rendah       Karbon Selangor

    4 buah PBT akan menerima              pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (Low Carbon                               Cities Framework) menjelang tahun 2017 6 buah PBT telah menerima pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon iaitu:

    MBSA, MBPJ, MPK, MPAJ, MPSJ

    dan MPSP

    ii.      Pemasangan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik (Electric     Vehicle) Di Selangor; Negeri                         Selangor menjadi negeri yang mempunyai rangkaian pengecas kenderaan elektrik paling luas di seluruh negara pada 2020. Sehingga kini, terdapat 109 unit pengecas kenderaan elektrik di 88 lokasi di Negeri Selangor dan merupakan negeri yang mempunyai rangkaian pengecas kenderaan elektrik paling luas di seluruh negara
    ii.       Penggunaan   Bas Elektrik             Bagi

    Program           ‘Bas Percuma’ Di PBT;

    Semua PBT di Negeri Selangor menyediakan bas             percuma      Bas Selangorku menggunakan        bas elektrik 3 PBT telah menyediakan Bas Selangorku menggunakan bas elektrik dengan jumlah bas adalah sebanyak 6 buah.

    MBSA – 2 Buah MBPJ – 2 Buah MPKJ – 2 Buah

     

         
    iv.      Pemasangan Bumbung       Solar

    Bagi               Projek Perumahan Selangorku;

    Pemasangan bumbung solar   di                  Projek Perumahan Selangorku                           mulai tahun 2016. Pemasangan bumbung solar di Projek Perumahan Selangorku di Hillcrest Gardens, Puchong Utama sebagai projek perintis.
    v.      Bangunan   Cekap Tenaga                 Di Bangunan Kerajaan      Negeri Selangor; dan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari di Bangunan Kerajaan bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah memasang sebanyak 29 buah unit Bumbung Solar dan 21 unit SPAH di bangunan Kerajaan  Negeri Selangor pada tahun 2017.

     

     

    Mengadakan Audit Tenaga di 11 Bangunan Kerajaan dan meningkatkan                                      pembangunan kapasiti modal insan di semua jabatan yang terlibat pada tahun 2017.

     

     

    Pelaksanaan Green Data Centre juga sedang giat dilaksanakan oleh PBT Negeri Selangor seperti di MPSJ dan MPS.

    vi.      Program Penghijauan Taman Industri Memastikan kecekapan penggunaan                             tenaga Antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-

     

      dan mengurangkan kadar                       pelepasan karbon di kawasan industri. a.  Mensyaratkan kepada pemaju- pemaju kawasan industri untuk mengaplikasikan              Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), penggunaan aplikasi yang cekap tenaga, produk tenaga diperbaharui                           dan menggalakkan pelaksanaan Green Building Indeks (GBI) didalam setiap kelulusan kebenaran merancang;

    b.  Melaksanakan Garis Panduan Pemberian Nisbah Plot bagi pembangunan baru dengan melaksanakan kriteria Green Building dan Low Carbon Cities Framework (LCCF);

    c.  Menyediakan kemudahan panel kontraktor swasta bagi pelupusan sisa pepejal kepada kawasan industri sebagai langkah pengurusan sisa yang menyeluruh;

    d.  Mensyaratkan pihak industri menyediakan kawasan hijau dengan penanaman pokok di kawasan kilang dan gudang;

    e.  Melaksanakan                                       Anugerah Rendah Karbon kepada pemaju

    /      syarikat      industri      yang

    mengamalkan    aktiviti   rendah

     

        karbon di premis;

    f.     Menubuhkan Jawatankuasa Taman Perindustrian (IPMC) yang bermesyuarat 4 kali setahun;

    g.    Mengadakan kempen tanam pokok di kawasan industri; dan

    h.    Mensyaratkan                         dan menyediakan laluan pejalan kaki dan basikal di dalam

    kawasan industri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.