Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

149) PELANCONGAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah insentif oleh kerajaan kepada mereka yang berminat terlibat dalam pembangunan eco pelancongan di Selangor?

    Kerajaan Negeri tiada menyediakan sebarang insentif secara khusus untuk pembangunan eco-pelancongan di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun terdapat beberapa insentif yang berkaitan yang boleh dirujuk oleh mereka yang berminat dalam eco-pelancongan di Negeri Selangor seperti melalui usahasama dan insentif dari Jabatan Pertanian untuk membangunkan homestay (Inap Desa).

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan membantu semua produk pelancongan yang bersedia dan berpotensi untuk dipromosikan sama ada di dalam dan juga luar negara. Namun bantuan yang diberikan ialah usaha-usaha mempromosikan sesuatu produk melalui beberapa kaedah. Antaranya :

    • Penerbitan Selangor Breakaway ( Bahan Bercetak )
    • Promosi melalui laman sesawang Tourism Selangor
    • Promosi melalui Media Sosial
    • Promosi melalui Aplikasi Telefon Pintar
    • Penerbitan Selangor Fun Map
    • Siri Promosi Pelancongan dan luar negara
    • Melalui Fam Tour Media Agensi Pelancongan Luar Negara .

Lampiran

Tiada Lampiran.