Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

61) PELANCONGAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor pelancongan di Hulu Selangor dan DUN Kuala Kubu Baharu.

    Beberapa perancangan telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri khususnya melalui UPEN dan Tourism Selangor Sdn.Bhd. ( TSSB ). Melalui UPEN Selangor, Kerajaan Negeri akan membuat perancangan bagi pelancongan warisan. Perancangan tersebut adalah untuk menjadikan kawasan di bandar Kuala Kubu Baharu sebagai “Warisan Bandar Taman”. Antara program-program yang akan dilaksanakan bagi pembangunan sektor pelancongan di  Hulu Selangor adalah seperti program Wings of KKB – Genting ( Selangor Bird Race ), Fun Ride to KKB – Genting ( Program Berbasikal ) dan juga untuk mewujudkan Tourist Information Centre ( TIC ).

Lampiran

Tiada Lampiran.