PELANCONGAN
39) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah pelancong domestik dan asing yang datang berkunjung ke Negeri Selangor dan senarai kawasan tumpuan pelancong yang utama ?
- Jumlah pelancong yang datang melawat Negeri Selangor pada tahun 2010
dan 2011 adalah seperti berikut :-
Kategori Pelancong 2010 ( Januari – April )
2011 (Januari – April)
Pelancong Tempatan 1,148,075 1,328,988 Pelancong Asing 838,331 1,037,747 JUMLAH 1,986,406 2,366,735 Peningkatan sebanyak 16 %
Terdapat pelbagai kawasan tumpuan pelancongan yang utama di Negeri Selangor. Khusus bagi pelancongan Negeri Selangor terdapat 10 ikon mengikut susunan daerah yang menjadi tumpuan pelancong yang utama iaitu:
- Masjid Biru – Shah Alam
- Bukit Malawati – Kuala Selangor
- Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz – Klang
- Sunway Lagoon – Petaling
- Kelip-Kelip – Kuala Selangor vi) Dong Zen Monastery – Kuala Langat
- Sepang Goldcoast – Kuala Langat
- Batu Caves – Gombak
- Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) – Gombak
- Hutan Lipur Kanching – Gombak
- i-City (ikon pelancongan baru) – Shah Alam
