Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

56) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri mahu memperkenalkan dasar 1 Produk 1 PBT. Apakah status dasar 1 Produk 1 PBT tersebut

    Sebenarnya 1 Produk 1 PBT bukanlah merupakan satu dasar yang tetap yang menjadi dasar utama di peringkat negeri. Pengenalan konsep 1 Produk 1 PBT ini ialah lanjutan daripada program pembangunan pelancongan yang berterusan dari tahun-tahun sebelumnya.  Ia sebenarnya tidak terikat kepada 1 produk bagi setiap satu PBT sahaja. Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor telah menetapkan sasaran bagi mengenalpasti 9 produk pelancongan baru setiap tahun.  Sasaran ini dibuat dengan mengambil kira kapasiti Sembilan ( 9 ) buah daerah di negeri Selangor.  Setakat ini, bagi tahun 2011, sebanyak 5 produk baru pelancongan telah dikenalpasti dan berpotensi menjadi antara daya tarikan baru pelancongan di negeri ini.  Produk-produk tersebut ialah Mini Convention Center ( Sabak Bernam ), Morib Gold Coast ( Kuala Langat ), Ghulam Mee ( Kota Damansara ),Pembuatan Tembikar Ramadass ( Kuala Selangor ) dan Upin Ipin – Café & Studia ( Shah Alam ).

Lampiran

Tiada Lampiran.