Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

151) PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek menaiktaraf pelancongan bagi tahun 2020 di seluruh Selangor yang telah dimulakan projek.

    Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan telah memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan menaik taraf projek-projek kecil pelancongan di dalam Negeri Selangor.

    Untuk makluman, pada tahun ini Kerajaan Negeri memfokuskan untuk menyiapkan projek menaik taraf Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser di dalam Daerah Hulu Selangor yang sedang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf ini masih lagi berjalan dan kini berada di fasa pendawaian kabel elektrik dan urusan pemasangan perkakasan dalaman. Adalah dijangka projek naiktaraf ini akan selesai sedikit masa lagi.

Lampiran

Tiada Lampiran.