Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

146) PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan projek naiktaraf pelancongan bagi tahun 2020 di kawasan Hulu Selangor.

    Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan telah memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan menaik taraf projek-projek kecik pelancongan di dalam Negeri Selangor.

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun ini Kerajaan Negeri memfokuskan untuk menyiapkan projek menaik taraf Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser di dalam Daerah Hulu Selangor yang sedang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf ini masih lagi berjalan dan kini berada di fasa pendawaian kabel elektrik dan urusan pemasangan perkakasan dalaman.

    Bagi lain-lain projek baru atau baik pulih. Kerajaan Negeri akan mendapatkan senarai-senarai keperluan projek baru dan baik pulih daripada pihak-pihak yang berkaitan untuk dianalisis keperluannya secara mendalam bagi memastikan projek-projek ini berimpak tinggi dan memberi pulangan yang setimpal kepada pelancongan dan rakyat Negeri Selangor secara amnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.