Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

142) PELANCONGAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak yang diperuntukkan untuk pelancongan di Selangor?

    Rancangan Malaysia Ke-Sebelas (RMK-11) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM35.5 Juta untuk pelaksanaan projek dan program pembangunan pelancongan di Negeri Selangor dalam tempoh lima (5) tahun iaitu dari tahun 2016 hingga tahun 2020.

    Bagi tahun 2018 peruntukan pembangunan yang diterima adalah sebanyak RM6.25 Juta di mana sebanayak RM4.5 Juta telah diagihkan untuk pelbagai promosi dan acara pelancongan tempatan dan luar negara, manakala RM1.5 Juta adalah diperuntukkan bagi menaik taraf produk pelancongan dan amaun selebihnya sebanyak RM250,000 telah diperuntukkan bagi memajukan bidang kraftangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.