Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

101) PELANCONGAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha bagi mendapatkan sumber baru ke arah pelancongan Selangor?

    Pelbagai usaha yang telah dijalankan bagi mendapatkan sumber baru ke arah pelancongan Selangor. Berikut merupakan pelan strategik Pelancongan oleh Tourism Selangor dari tahun 2016-2020.

    BIL. PELAN STRATEGIK PROMOSI PELANCONGAN  

    KETERANGAN

    01. Penjenamaan Kempen ·         “Discover Selangor, Heart of Malaysia” merupakan kempen peningkatan kesedaran dan juga permintaan di dalam pasaran utama bidang pelancongan seterusnya meletakkan aras yang jelas untuk memberikan produk pelancongan yang berkualiti serta servis yang terbaik.

    ·         Strategi pemasaran yang unik dan kreatif

    ·         Kempen promosi yang menggalakkan pengalaman, acara, infratruktur serta pembangunan dan peningkatan jualan perniagaan pelancongan.

    02. Meningkatkan permintaan (demand) daripada pasaran Negara China, India dan pasaran baru. ·         Menambah peningkatan jumlah pelancong dan jumlah resit pelancongan

    ·         Mempergiatkan siri promosi di bandar-bandar menengah (second-tier cities) di Negara China seperti, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Kunming, Chengdu dan Dongguan. Manakala Negara India adalah seperti, Lucknow, Jaipur, Kochin dan Srinagar.

    ·         Meningkatkan penglibatan program promosi luar negara di dalam pasaran baru.

    ·         Menggalakkan peningkatan pakej ‘inbound’ untuk produk pelancongan Negeri Selangor.

    03. Membina kapasiti digital yang kompetetif ·         Meningkatkan penggunaan kaedah pemasaran digital dalam program promosi dan pengiklanan

    ·         Menyampaikan peranti dan aplikasi yang memenuhi keperluan pelanggan dalam sasaran digital dan dalam talian.

    04. Menggalakkan pelaburan dan perniagaan pelancongan ·         Meningkatkan sumbangan di dalam bidang pelancongan perniagaan / MICE.

    ·         Bekerjasama dengan pihak Invest Selangor untuk menarik pelabur dalam bidang pelancongan

    ·         Dengan pertumbuhan ekonomi Selangor, segmen pelancongan perniagaan merupakan peluang yang besar untuk memacu pertumbuhan dalam kedua-dua lawatan pelancong antarabangsa dan domestik – untuk perniagaan (business) dan percutian (leisure)

    ·         Strategi ini dirancang untuk menggalakkan pelancong perniagaan (business traveller) untuk,

    i)             Membawa Rakan

    ii)            Tinggal dengan lebih lama

    iii)           Kembali ke Selangor semula untuk bercuti

    05. Acara Pelancongan ·         Acara pelancongan memainkan peranan yang penting dalam merancakkan aktiviti promosi pelancongan dalam dan luar negara

    ·         Acara pelancongan juga membantu di dalam kekuatan penjenamaan kempen “Discover Selangor, Heart of Malaysia”

    ·         Mempromosikan kalendar acara pelancongan yang berlangsung di Negeri Selangor termasuk acara yang dianjurkan oleh organisasi luar yang dapat menarik para pelancong dalam dan luar negara.

    06. Program Community Based Tourism (CBT) ·         Menggalakkan penubuhan komuniti, organisasi atau kelab pelancongan tempatan untuk mewujukan satu jawatankuasa dalam kalangan penduduk dan perniaga tempatan bagi menggerakkan aktiviti perniagaan pelancongan secara sihat.

    ·         Contoh boleh dilihat kepada Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan yang bergiat aktif dan membawa model seperti ‘Community Based Tourism’ dan ‘Think Tourism’ yang sememangnya memberikan impak yang besar dalam memacu pembangunan pelancongan setempat.

    ·         Sebuah Program Pembangunan Pemandu Pelancong diperingkat Krajaan Negeri diperkenalkan bagi menyokong inisiatif ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.