Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

207) PELANCONGAN DI HULU SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah apa-apa strategi, produk dan program khusus untuk pembangunan sektor pelancongan di Hulu Selangor?

    1. Daerah Hulu Selangor menyarankan kepada pengusaha produk pelancongan di dalam daerah agar mereka memperkenalkan dan membangunkan produk masing-masing dengan cara mengganjurkan program-program yang dapat menarik minat pelancong dalam mahupun luar

     

    Antara acara yang dijalankan adalah seperti berikut:-

     

    1. Hulu Selangor Rainforest Mini Jamboree iaitu acara sukan berbasikal (MTB) yang mempunyai laluan yang amat mencabar dalam pemandangan alam yang sangat indah, secara tidak langsung laluan sejauh 30 km ini dapat mempromosikan beberapa lokasi pelancongan daerah Hulu Selangor, antara lokasi yang terlibat adalah Kolam Air Panas Kerling, Refreshing Spring Resort dan lain-lain. Acara ini dikelolakan oleh Kalumpang Resort dengan kerjasama MDHS serta jabatan-jabatan kerajaan di dalam daerah Hulu

     

     

    1. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor juga tidak terlepas untuk mempromosikan kawasan pelancongan dalam beberapa penganjuran program yang melibatkan penyertaan dalam Negara sehingga ke peringkat antarabangsa, antaranya :-

     

    1. Perlepasan Benih Ikan dan udang di lokasi air terjun dalam daerah Hulu Selangor.

     

    1. ‘Wings of KKB Selangor Bird Race’ mempromosikan lokasi produk pelancongan dan pelbagai spesies burung yang berbeza mengikut ‘altitude’ yang

     

    • Acara ‘Fun Ride To Genting @ King of Mountain juga adalah acara yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor bersama Genting Strawberry Leisure Farm dan mendapat sokongan serta bantuan kewangan dari pihak Kerajaan negeri dan Tourism

     

    1. Majlis Daerah Hulu Selangor kini sedang giat memperkenalkan pelancongan pasaran kecil di dalam pembangunan produk pelancongan kepada pelancong dalam dan luar

     

    Selain daripada acara atau program pihak Majlis Daerah Hulu Selangor juga sedang memohon bantuan agar pihak Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan membantu pihak MDHS dalam penganjuran kursus Nature Guide di daerah Hulu Selangor khasnya kepada ahli Kelab Rekreasi dan Pelancongan Daerah Hulu Selangor, yang selama ini banyak membantu pihak MDHS dalam mempromosikan aktiviti jungle trekking di daerah ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.