Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

184) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah pelancong yang dianggarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009

    Jumlah pelancong yang disasarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009 ialah sebanyak 5.5 juta orang. Anggaran ini berdasarkan statistik kedatangan pelancong tahun 2008 yang lalu dan tiada kenaikan sasaran dibuat memandangkan beberapa faktor masa kini seperti krisis ekonomi dan wabak penyakit selesema

Lampiran

Tiada Lampiran.