Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

107) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelancong yang disasarkan akan melawat Selangor pada tahun 2009 dan apakah pecahan peratusan bilangan pelancong tersebut mengikut negara

    Jumlah pelancong yang disasarkan akan melawat Negeri Selangor pada tahun 2009
    ialah sebanyak 5.5 juta orang. Anggaran ini berdasarkan statistik kedatangan pelancong
    tahun 2008 yang lalu dan tiada kenaikan sasaran dibuat memandangkan beberapa
    faktor masa kini seperti krisis ekonomi dan wabak penyakit selesema H1N1.
    Pecahan peratusan bilangan pelancong mengikut negara adalah seperti berikut:-
    PELANCONG LUAR NEGARA
    NEGARA BILANGAN PELANCONG PERATUS
    Asean 1,275,504 46.91%
    Asia Timur 830,553 30.55%
    Asia Selatan 187,523 6.89%
    Oceania 89,722 3.30%
    Asia Barat / Timur Tengah 138,398 5.10%
    Eropah 118,683 4.36%
    Afrika 6,067 0.22%
    Amerika 40,489 1.50%
    Lain-lain 31,903 1.17%
    JUMLAH 2,718,842 100%
    PELANCONG DOMESTIK
    NEGERI BILANGAN
    PELANCONG
    PERATUS
    Johor 508,964 15.76%
    Kedah 142,606 4.42%
    Kelantan 27,704.25 0.86%
    Melaka 73,723 2.28%
    Negeri Sembilan 77,899 2.41%
    Perlis 19,880 0.62%
    Pulau Pinang 285,131 8.83%
    Perak 224,563 6.95%
    Pahang 129,452 4.01%
    Selangor 648,975 20.09%
    Sarawak 77,628 2.40%
    Sabah 40,500 1.25%
    Terengganu 34,259 1.07%
    Wilayah Persekutuan Kuala
    Lumpur
    878,968 27.21%
    Wilayah Persekutuan Putrajaya 35,673 1.10%
    Wilayah Persekutuan Labuan 23,749 0.74%
    JUMLAH 3,229,674 100%

Lampiran

Tiada Lampiran.