Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

253) PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan penglibatan golongan wanita, OKU serta Warga Emas di dalam sektor pelancongan negeri?

    Antara usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan penglibatan golongan wanita, OKU serta Warga Emas di dalam sektor pelancongan negeri adalah seperti berikut:-

     

    1. Mewujudkan pakej pelancongan fokus khusus kepada golongan wanita, OKU serta warga emas dengan kerjasama agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa.

     

    1. Penganjuran acara dan program pelancongan di sekitar negeri Selangor yang memberi penekanan kepada golongan ini seperti Malaysia Women Marathon 2020, Pesta Bendang 2020, Selangor International Indigenous Arts Festival 2020 dan Wings of Kuala Kubu Bharu 2020.

     

    • Program pembangunan dan latihan pelancongan seperti Latihan Hos Komuniti Negeri Selangor dan Program Pemurnian Pelancongan Negeri Selangor (P3S) yang memberi penekanan terhadap penglibatan golongan wanita, OKU serta Warga Emas.

     

    1. Penyediaan kemudahan asas seperti tandas, laluan jalan, tempat parkir, papan tunjuk arah dan sebagainya di kawasan pelancongan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.