Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

169) PELANCONGAN DI SHAH ALAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan MBSA untuk menjadikan pusat tarikan pelancongan dalam dan luar negara?

    Dalam usaha menjadikan Shah Alam sebagai pusat tarikan pelancongan dalam dan luar negara pihak MBSA sedang dan akan memberikan tumpuan kepada beberapa aspek bagi memastikan kerancakan industri pelancongan di bandaraya ibu negeri Shah Alam. Di antaranya adalah melakukan beberapa perkara seperti menambahbaik produk dan kawasan yang telah sedia ada beroperasi. Pihak MBSA juga menjalankan kerjasama strategik dengan agensi pelancongan iaitu Tourism Selangor Sdn Bhd, Tourism Malaysia, MATTA Selangor dan lain-lain.

     

    Bagi memperkasakan jaringan maklumat, pihak MBSA juga terlibat aktif dalam Mesyuarat Perhubungan Pelancongan Negeri dan Mesyuarat Stanco Pelancongan Negeri.

     

    MBSA juga mengikuti beberapa siri promosi bersama Tourism Selangor dalam usaha mempromosikan Shah Alam di peringkat antarabangsa. Antara siri promosi yang pernah disertai oleh pihak MBSA ialah Arab Travel Mart, Dubai pada 2 -9 Mei 2015 dan Batam, Indonesia pada 15-17 November

    2015.

     

    Pihak MBSA juga telah menyertai Bengkel Pakej Pelancongan Selangor pada 9 Disember 2015 di mana terdapat cadangan penyediaan pakej-pakej pelancongan di Shah Alam.

     

    Pada tahun 2016, MBSA merancang untuk menerbitkan satu video pelancongan Shah Alam. MBSA juga akan mempergiatkan usaha-usaha

     

    mempromosikan Shah Alam melalui media cetak dan media sosial (Facebook, Instagram, Trip Advisor dan lain-lain).

    Satu aplikasi pelancongan berkenaan negeri Selangor juga telah dibuat oleh pihak Tourism Selangor di mana produk pelancongan di Shah Alam turut tersenarai.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.