Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

237) PELANCONGAN DI TMS 2020

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan negeri bagi kawasan Sepang khususnya di Sungai Pelek dalam menyokong industri ecotourism dan agrotourism khususnya dalam menghadapi Tahun Melawat Sepang (TMS) 2020?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor membantu memasarkan produk pelancongan di kawasan Sepang sempena Tahun Melawat Sepang 2020 dan berusaha membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Antara peranan Tourism Selangor untuk mempromosikan Sepang sebagai destinasi pelancongan ini adalah seperti berikut:-

    1. i) Pengiklanan Media Cetak dan Bahan Terbitan

    Tourism Selangor juga mempromosikan pelancongan melalui pengiklanan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah promosi. Poster informasi beserta laporan dan artikel diperbanyakkan di media tempatan dan bertaraf antarabangsa.

    Selain itu, Tourism Selangor juga menerbitkan risalah pelancongan seperti direktori pelancongan, peta, dan info grafik untuk memberikan informasi lengkap berkenaan Pelancongan Agro. Antaranya seperti, Selangor Breakaway, The Best of Selangor dan Buku Terokai Kehijauan Selangor.

    1. ii) Program Promosi Dalam Negara

    Pihak Tourism Selangor mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk pelancongan Sepang di dalam siri promosi di dalam dan luar negara yang disertai bagi tahun 2019. Program promosi dalam negara yang disertai oleh Tourism Selangor seperti Program MATTA Fair (2 kali setahun), Malaysia Inbound (MITA) Travel Fair 2019, Program Skuad Kembara Sekolah 2019 dan Kuala Lumpur Photography Festival 2019.

    iii)           Program Promosi Luar Negara

    Program promosi luar negara yang disertai oleh Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) di ITB Berlin bagi Pelancaran Tahun Melawat Sepang 2020. Selain itu, MPSp juga menyertai program CEAXPO di Nanning China bersama Tourism Selangor bagi mempromosikan produk pelancongan di Daerah Sepang bagi pasaran China.

    1. iv) Hebahan melalui Laman web dan Media Sosial Tourism Selangor

    Tourism di dalam laman web rasmi akan sentiasa mempromosi produk pelancongan Sepang dan Kempen TMS 2020 serta memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan tepat. Laman web Tourism Selangor boleh dilayari melalui http://www.selangor.travel. Laman Media sosial Tourism Selangor mempunyai jumlah pengikut yang ramai melebihi 300,000 orang pengikut dalam dan luar negara.

    1. v) Penganjuran Program FAM Trip (Familiarization Trip)

    Tourism Selangor bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Sepang serta produk-produk pelancongan di daerah Sepang untuk menganjurkan sesi lawatan tapak atau FAM Trip bersama dengan agensi pelancongan dan agensi media tempatan dan antarabangsa sepanjang Tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.