Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

37) PELANCONGAN DI TMS 2020

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi kawasan Sepang khususnya di Sungai Pelek dalam menyokong industri ecotourism dan agrotourism khususnya dalam menghadapi Tahun Melawat Sepang 2020?

    Kawasan Sungai Pelek telah pun dikenalpasti sebagai jajaran Kluster Eko Pelancongan di sepanjang persisiran Pantai Morib hingga ke Sungai Pelek. Melalui Kluster Eko Pelancongan ini juga disenaraikan oleh Kerajaan Negeri sebagai produk eko pelancongan yang komersial seperti Pantai Bagan Lalang, Hutan Paya Bakau, Banghuris Homestay, IKS Banghuris, Sungai Sepang Besar, Ladang Buah Naga dan Agrotek Sepang

    Pelbagai program telah dirancang dalam menghadapi Tahun Melawat Sepang 2020 melalui kerjasama antara UPEN, Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan-jabatan Kerajaan Daerah Sepang dalam mempromosikan produk-produk pelancongan di Kawasan Sungai Pelek. Antaranya, Program Promosi FAM TRIP bersama pihak media dan blogger disamping Program Lawatan Teknikal Bersama Jurugambar Profesional Kuala Lumpur Photography Festival yang diadakan dengan memfokuskan pada ecotourism dan agrotourism ini. Selain itu, program-program pelancongan bertaraf antarabangsa juga diadakan untuk menarik pengunjung dari dalam dan luar Negara di produk-produk pelancongan Sungai Pelek seperti Pesta Pantai Bagan Lalang, Program Menyusuri Sungai Sepang Besar , Festival Homestay Banghuris dan Festival Buah Naga. Dengan adanya program-program ini yang telah dimasukkan dalam Kalender Acara TMS2020 ia telah membantu juga kepada usaha penambahbaikan infrastruktur di kawasan pelancongan terbabit.

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor membantu memasarkan produk pelancongan di kawasan Sepang sempena Tahun Melawat Sepang 2020 dan berusaha membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Antara peranan Tourism Selangor untuk mempromosikan Sepang sebagai destinasi pelancongan ini adalah seperti berikut:-

    1. Menggunakan kaedah Digital dan Online bagi mempromosikan produk pelancongan

     

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor mempergiatkan aktiviti promosi melalui kaedah digital yang memberikan impak yang lebih besar melalui beberapa paltform hebahan secara online. Antara usaha yang telah dan sedang dijalankan adalah seperti berikut:-

    • Penjenamaan semula laman sesawang Tourism Selangor kepada Selangor.Travel
    • Pelancaran Kempen Digital dan online bagi pasaran Jepun melalui platform rasmi Tourism Selangor seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Laman Web Direktori Pelancongan dalam bahasa Jepun.
    • Pelancaran Kempen Promosi Digital melalui Facebook Rasmi Tourism Selangor dalam bahasa Arab.
    • Pelancaran Kempen Promosi Digital bagi pasaran China, Hongkong dan Taiwan melalui Facebook Bahasa Mandarin, Weibo dan Wechat.

     

    1. Mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk pelancongan Sepang di dalam siri promosi di dalam dan luar negara yang disertai bagi tahun 2019. Program promosi dalam negara yang disertai oleh Tourism Selangor seperti berikut;

     

    • Program MATTA Fair (2 kali setahun)
    • Malaysia Inbound Travel Fair 2019
    • Program Skuad Kembara Sekolah 2019
    • Kuala Lumpur Photography Festival 2019

     

    • Program promosi luar negara yang disertai oleh Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) di ITB Berlin bagi Pelancaran Tahun Melawat Sepang 2020.

     

    1. Penganjuran Program FAM Trip (Familiarization Trip)

    Tourism Selangor bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Sepang serta produk-produk pelancongan di daerah Sepang untuk menganjurkan sesi lawatan tapak atau FAM Trip bersama dengan agensi pelancongan dan agensi media tempatan dan antarabangsa sepanjang Tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.