Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

72) PELANCONGAN HULU LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelancong yang datang ke Sungai Congkak mengikut tahun dari 2015 hingga 2019?

    Tourism Selangor telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri untuk menguruskan Congkak Park & Resort. Jumlah pelancong yang direkodkan adalah tertumpu kepada pelancong yang datang ke Congkak Park & Resort sahaja dan bukan di kawasan Sungai Congkak secara keseluruhan. Jumlah statistik kedatangan pelancong atau pelawat adalah berdasarkan pengumpulan maklumat melalui penjualan jumlah tiket masuk ke Congkak Park & Resort di bawah seliaan Tourism Selangor,  mengikut tahun dari 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:-

     

    • Tahun 2015 : 147,100 orang
    • Tahun 2016 : 137,137 orang
    • Tahun 2017 : 72,584 orang
    • Tahun 2018 : 105,377 orang
    • Tahun 2019 : 77,023 orang (Sehingga Bulan September 2019)

Lampiran

Tiada Lampiran.