Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

186) PELANCONGAN INDUSTRI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Balakong sedang membangunkan Pelancongan Industri iaitu menjadikan kilang-kilang satu tarikan pelancongan kepada pelancong dari dalam atau luar negara. Apakah bantuan yang boleh disalurkan daripada pihak kerajaan demi menjayakan usaha ini?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor menyambut baik cadangan untuk menjadikan kilang-kilang satu tarikan pelancongan kepada pelancong dari dalam atau luar Negara. Antara bantuan yang boleh disalurkan daripada pihak Kerajaan demi menjayakan usaha ini adalah dari segi bantuan promosi serta lawatan teknikal pelancongan yang melibatkan beberapa agensi yang berkaitan bagi memastikan produk pelancongan baru yang diperkenalkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam membangunkan kawasan pelancongan khusunya produk pelancongan yang baru antaranya seperti yang berikut:

    • Untuk mengangkat sesebuah tempat menjadi tempat pelancongan perlu merujuk Undang-Undang Malaysia di bawah Akta 482, Akta Industri Pelancongan 1992 dan mengenal pasti status tanah atau kawasan yang ingin dijadikan kawasan pelancongan.

     

    • Pembangunan Pelancongan dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur, kemudahan jalan serta akses, dan nilai komersial menggambarkan “x-factor” dan keunikan yang ada pada sesuatu tempat yang menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang ke tempat pelancongan tersebut.

     

    • Aktiviti promosi yang giat dijalankan oleh Tourism Selangor bersama-sama organisasi pelancongan yang lain bagi memasarkan produk pelancongan yang mempunyai potensi diangkat menjadi tempat tarikan pelancong melalui pakej pelancongan yang bersepadu dan bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa.

Lampiran

Tiada Lampiran.