Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

170) PELANCONGAN KESIHATAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis produk dan pusat perubatan yang terlibat dalam pelancongan kesihatan di Selangor?

    Pelancongan Kesihatan ataupun pelancongan bagi tujuan perubatan, kini semakin popular dan semakin berkembang terutama di hospital-hospital swasta di seluruh negeri Selangor. Walaubagaimanapun segmen pelancongan ini telah lama dipelopori oleh dua buah negeri yang lain iaitu Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang. Manakala kumpulan sasaran utama ialah para pesakit daripada negara jiran iaitu Indonesia yang merupakan penyumbang terbesar serta beberapa negara serantau lain seperti Negara Brunei, Vietnam, Thailand dan Singapura.

    Manakala bagi pasaran antarabangsa Malaysia juga menerima pelancong bagi tujuan pelancongan kesihatan daripada beberapa negara seperti Pakistan, Taiwan, India, Iran, France dan Australia.

    Bagi tujuan promosi juga Tourism Selangor telah bersama beberapa buah hospital swasta di negeri Selangor telah mengadakan promosi di Indonesia pada tahun 2012 dan 2013 seperti berikut :

    Bil. Acara Promosi   Penyertaan Hospital
    1. Roadhsow Indonesia dan Selangor Meets Indonesia 2012. (Pekan Baru, Riau dan

    Medan)

    1)

    2)

    Hospital KPJ Shah Alam

    Kumpulan Hospital Sime Darby

    2. Indonesia Travel Expo dan

    Selangor Meets Indonesia

    2013 (Jakarta, Surabaya)

    1)

    2)

    3)

    Hospital Columbia Asia

    Pusat Perubatan Sunway

    DEMC Specialist Hospital

        4) Seri Kota Specialist Hospital

    Beberapa faktor telah dikenalpasti yang menjadikan Selangor menjadi pilihan sebagai destinasi pelancongan perubatan, antaranya ialah :-

    1. Pilihan Hospital
      • Negeri Selangor mempunyai banyak pilihan hospital swasta yang bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis rawatan dan perubatan malahan lain-lain perkhidmatan bertaraf 5 bintang bukan sahaja kepada pesakit malah untuk ahli keluarga yang menjadi pengiring pesakit tersebut. Antaranya pusat perubatan utama di Selangor ialah :
        • Kumpulan Perubatan KPJ Selangor
        • Kumpulan Perubatan Sime Darby
        • Kumpulan Perubatan Columbia Asia
        • Kumpulan Perubatan Pantai
        • Kumpulan Pusat Rawatan Islam ( PUSRAWI )
        • Pusat Perubatan Sunway
        • DEMC Specialist Hospital
        • Seri Kota Specialist Hospital
        • Beacon Specialist Cancer Hospital
        • Salam Medical Centre
        • Assunta Hospital
        • Tropicana Medical Centre
        • Hospital Mata Tun Hussein Onn
    1. Kekerapan Penerbangan
      • Bagi warga Indonesia khususnya kekerapan syarikat penerbangan yang menghubungkan Indonesia dan Malaysia juga menyebabkan mereka ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan ataupun sekadar menjalani pemeriksaan kesihatan biasa . Syarikat penerbangan seperti MAS , Air Asia, Malindo dan Fire Flyz mempunyai jadual kekerapan yang tinggi ke Malaysia dari pelbagai destinasi daripada Indonesia memudahkan pergerakan warga dari negara tersebut .
    • Kos Perubatan
      • Kos perubatan di Malaysia dianggap sebagai antara yang termurah di Rantau Asia Tenggara ini namun mampu memberikan kualilti perkhidmatan yang terbaik serta bermutu tinggi.
    • Faktor lain
      • Penduduk yang ramai iaitu lebih kurang 200 juta orang di Indonesia menyebabkan kadar masa untuk mendapatkan rawatan mengambil masa yang panjang dan boleh menimbulkan komplikasi yang lebih buruk kepada pesakit namun jika ke Malaysia waktu menunggu adalah lebih pendek dan temu janji dapat dilakukan lebih awal .
    • Berikut adalah jenis-jenis rawatan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital-hospital di negeri Selangor, iaitu :-
      1. Penyakit Jantung
      2. Penyakit Kanser
      3. Pembedahan Kosmetik
      4. Pemeriksaan Am Kesihatan

Lampiran

Tiada Lampiran.