Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

29) PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan atau program Kerajaan Negeri yang dapat membenturkan identitinya yang tersendiri

    Selangor Shines ataupun ‘Selangor Bersinar’ merupakan satu kempen yang diilhamkan oleh Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping iaitu Exco Pelancongan Negeri Selangor yang merupakan satu kempen bagi menggalakkan dan menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Selangor yang dijalankan secara berterusan dan ianya bukanlah Tahun Melawat Selangor. Kempen ini sama seperti kempen- kempen berterusan yang dijalankan oleh negara-negara lain didunia seperti Singapura ( Yours Singapore ) , India ( Incredible Of India ) , Taiwan ( Fun Taiwan ) serta Thailand ( Amazing Thailand ). Kesinambungan daripada pelbagai siri promosi dalam dan luar negara telah disertai untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan . Antara program promosi yang telah dijalankan serta disertai ialah :

Lampiran

Tiada Lampiran.