Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

115) Pelancongan Pasca COVID19

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status kempen 'Pusing Selangor Dulu' dan pelancongan domestik pasca Covid19 di Negeri Selangor?

    Seperti pihak Yang Berhormat sedia maklum, pandemik Covid-19 amat memberi kesan kepada Industri Pelancongan di dunia termasuklah di Negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Selangor melalui Tourism Selangor telah melaksanakan kempen promosi pelancongan domestik “Pusing Selangor Dulu” bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan di Negeri Selangor bagi tempoh pasca Covid-19 dan mengimbangi kesan ketiadaan kehadiran pelancong antarabangsa akibat penutupan pintu masuk negara yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.

    Melalui aktiviti-aktiviti dan kempen yang dilaksanakan oleh Tourism Selangor , ianya juga telah memberi platform dan ruang juga kepada penggiat-penggiat industri dan produk operator untuk sama-sama mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai di dalam meningkatkan hasil pendapatan mereka . Kempen yang dijalankan oleh Tourism Selangor juga turut telah memberi ruang kepada pengusaha-pengusaha produk pelancongan yang baru untuk memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

    Impak dari pelaksanaan kempen yang dijalankan sehingga bulan September Tahun 2020, berikut merupakan impak liputan media yang telah diterima setelah penganjuran kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu”:

Lampiran

Tiada Lampiran.