Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

46) Pelancongan Tempatan

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila terangkan inisiatif dan langkah yang akan dilaksanakan untuk bantu sektor industri pelancongan luar bandar dan bandar selepas penukaran portfolio EXCO.

    Antara inisiatif dan langkah yang akan dilaksanakan untuk membantu sektor industri pelancongan luar bandar dan bandar selepas penukaran portfolio EXCO adalah seperti berikut:-

    1) Pembangunan Pelancongan:

    I. Mewujudkan sistem sokongan industri melalui kerjasama dengan Exco Pembangunan IKS, Exco Kerajaan Tempatan bagi mewujudkan skim geran pemulihan semula Industri Pelancongan.
    II. Mewujudkan pegawai perhubungan awam (PRO) khusus menangani isu bidang pelancongan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan daerah.
    III. Rundingan meja bulat antara Industri dan PBT secara bersepadu dalam membangunkan produk pelancongan baru di setiap PBT.
    IV. Pelaksanaan Pelan Strategik Pembangunan Pelancongan 2021 hingga 2026 yang telah dirangka, selaras dengan misi Selangor Negeri Pintar 2025.

    2) Promosi Pelancongan:

    I. Memfokuskan pasaran domestik sebagai pasaran utama pelancongan seperti penganjuran kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu”
    II. Tumpuan utama kepada penekanan promosi untuk beberapa segmen dan sektor pelancongan seperti pelancongan alam semulajadi (eco), sukan, perubatan, pendidikan, pelayaran mewah dan agro.
    III. Peningkatan penganjuran kempen pengiklanan dan promosi pelancongan melalui platform digital, atas talian (Online), kempen media sosial, ‘Influencer Marketing’ dan Teknologi VR melalui ‘Travel Virtual Tour’
    IV. Penganjuran Webinar bagi membincangkan mengenai Pelancongan Norma Baharu
    V. Penganjuran Acara Pelancongan Norma Baharu pada setiap bulan dan sepanjang tahun.
    VI. Program usahasama bersama penggiat industri pelancongan seperti Hotel, Agensi Pelancongan, Media, Syarikat Penerbangan dalam penganjuran pakej pelancongan bersepadu Negeri Selangor yang melibatkan 12 PBT dan 9 Daerah di Negeri Selangor.
    VII. Mengemaskini direktori pelancongan mengikut trend dan perkembangan pelancongan terkini.
    VIII. Memperkenalkan produk pelancongan baru dan sedia ada mengikut perkembangan terkini yang juga melibatkan Industri lain selain pelancongan seperti ‘Experiential Tourism’, ‘Staycation Experience’ ‘Agro Tourism Experience’ , ‘Industrial Tourism’ dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.