Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

147) PELANCONGAN

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat pelancong datang ke Selangor sempena Tahun Melawat Selangor tahun 2021 tahun hadapan.

    Penganjuran Visit Selangor 2021 atau Tahun Melawat Selangor 2021 yang telah dirancang ditangguhkan untuk memberikan ruang terhadap isu pemulihan pendemik COVID-19.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah mengambil langkah proaktif menganjurkan kempen promosi pelancongan khusus bagi pasaran domestik iaitu, “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” dan kempen bagi pasaran global iaitu, “Splendid Selangor, Take Me Anywhere”.

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor mengambil langkah proaktif bagi membangun dan memulihkan semula industri ini dalam situasi COVID-19 seperti yang berikut:-

    i) Penganjuran Kempen Promosi Pelancongan “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang memberi penekanan kepada pasaran domestik dengan menggunakan platform media sosial, digital dan atas talian.

    ii) Aktiviti promosi pelancongan norma baharu melalui penglibatan di dalam program promosi pelancongan yang menggunakan platform digital dan atas talian seperti penganjuran program promosi Selangor E-Travel Fair dimana Tourism Selangor dapat berhubung dan berinteraksi bagi menyampaikan tawaran-tawaran serta maklumat terkini industri pelancongan di negeri Selangor kepada pihak agensi pelancongan, pengusaha produk pelancongan dan pihak berkaitan industri pelancongan lain serta para pelancong secara terus tanpa bersemuka.

    iii) Penganjuran Program Jelajah Persona Negeri Selangor khusus bagi pasaran domestik seperti ke Negeri Pulau Pinang dan Terengganu.

    iv) Kempen promosi pelancongan melalui medium pengiklanan ‘Outdoor Billboard’, ‘Unipole’ dan ‘ Digital Billboard’ di beberapa kawasan yang terpilih seperti Johor, Kedah, Terengganu, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

    v) Penganjuran program Familiarization Trip (FAM Trip) yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa.

    vi) Penyediaan pakej pelancongan yang melibatkan integrasi promosi antara 9 Daerah dan 12 PBT di Negeri Selangor.

    vii) Penganjuran Acara Pelancongan norma baharu yang menekankan SOP (Standard Operation Procedure) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.