Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

136) PELANTIKAN AHLI LEMBAGA GLC SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli Lembaga seluruh GLC milik Kerajaan Negeri Selangor

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi.

     

    Badan Berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan undang- undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980).

     

    Berikut merupakan senarai Anak Syarikat/Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor :-

     

    Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor
    1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
    3 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
    4 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS)
    5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
    6 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
    7 Yayasan Selangor
    8 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
    9 Permodalan Negeri Selangor Berhad
    10 Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    11 Tourism Selangor Sdn Bhd
    12 Communication Corporation Sdn Bhd
    13 Rantaian Mesra Sdn Bhd
    14 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    15 MSNS Holdings Sdn Bhd

     

    Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor
    16 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    17 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    18 Invest Selangor Berhad
    19 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    20 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor

     

     

    1. Senarai Ahli Lembaga seluruh GLC milik Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.

     

    1. Maklumat bagi tarikh mereka dilantik dan tamat tempoh pelantikan juga adalah seperti di Lampiran A.

     

    1. Ahli Lembaga Pengarah mempunyai tugas-tugas fudisiari yang merupakan tugas yang berat dalam menguruskan sesebuah syarikat berkaitan kerajaan. Tugas fudisiari seorang Ahli Lembaga Pengarah antaranya adalah:
      1. Tidak menggunakan kedudukannya sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah untuk memperolehi keuntungan bagi dirinya khususnya menyalahgunakan sebarang wang, harta atau
      2. Tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kepentingan badan tersebut.
      3. Tidak menyerahkan tugas fudisiari kepada pihak
      4. Menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh serta dengan kemahiran dan ketekunan yang sewajarnya dan jika perlu mendapatkan nasihat ikhtisas mengenai perkara

    Setiap GLC mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memastikan pengurusan syarikat mengikut etika Code of Corporate Governance  yang telah diwujudkan bagi menentukan hala tuju strategik syarikat mengikut acuan sendiri. Oleh yang demikian, sebarang maklumat berkenaan gaji dan faedah- faedah perkhidmatan GLC ini tidak boleh didedahkan kepada pengetahuan umum bagi memelihara kod etika urus tadbir korporat masing-masing. Tambahan pula, maklumat terperinci berkenaan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan bagi pengurusan atasan GLC ini merupakan perkara-perkara yang menyentuh kerahsiaan dan maklumat peribadi individu yang berhak untuk tidak didedahkan kepada mana-mana individu / pihak yang tidak berkenaan.

    Walaupun GLC ini merupakan entiti yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor, pendedahan maklumat peribadi pihak pengurusan atasan terutamanya yang berkaitan dengan gaji, bonus dan faedah-faedah perkhidmatan adalah dianggap sulit dan rahsia. Walaupun Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 boleh digunakan untuk setiap individu hak untuk mengakses yang munasabah ke atas sebarang maklumat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor, perkara berkaitan gaji dan faedah-faedah perkhidmatan ini tertakluk kepada pengecualian maklumat seperti yang termaktub dalam Seksyen 14, Enakmen yang sama.

     

    Namun begitu, sekiranya Y.B. Ahli Dewan Negeri masih ingin mengemukakan pertanyaan berkaitan perkara ini, maka Y.B. Ahli Dewan Negeri bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Y.A.B. Dato Menteri Besar. Jawapan hanya akan diberikan secara umum sahaja kepada Y.B. yang bertanya sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.